Adinda..
Kekandamu yang kejauhan menulis surat secara virtual ini special utk tatapan dinda..
Kalau dinda membaca surat ini, ketahuilah bahawa kekandamu ini sedang risau akan dinda sehingga tak dapat melelapkan mata pada malam yang sgt berkuap ini.. Ayahanda dan bonda pun sama, siang malam terfikir dan terkenangkan dinda..
Kanda tau, dinda sedang mengalami fasa baru dalam kehidupan Dinda sedang berperang dengan situasi, persekitaran dan perasaan sendiri. Tapi ketahuilah dindaku, bahawa perasaan itu normal untuk siapa-siapa pun yang mula menghadapinya. Kanda-kandamu juga dulu mengalami keadaan yang sama. Tapi tak usahlah dinda melayan sangat perasaanmu itu, kelak menyusahkan diri dinda, kanda juga dan ayahanda bunda.
Kanda boleh ceritakan bagaimana perasaan kanda ketika dulu, sama dengan situasi dinda bahkan dugaannya boleh kanda katakan lebih dahsyat lagi, dengan usia kanda pada ketika itu yang masih lagi mentah, macam dinda jugak. Namun kanda cuba bertahan walaupun kanda dikelilingi sahabat-sahabat kanda yang pada ketika itu, sebijik pe'el macam dinda. saat ini Kanda Z, teriak meleleh-leleh air mata di public phone. Kanda A, menangis teresak-esak saat zikir munajat berkumandang menjelang senjakala yang mengusik serta menyentuh jiwa yang tiba-tiba terasa seakan kosong dan sayu. Bagaimana Kanda D, yang turut bersekongkol dengan kanda Z untuk terus-terusan memaksa ayahanda dan bunda mereka mengambil mereka dari situ dan pulang ke tempat asal.
Kenapa kekanda ceritakan cerita kanda A, D dan Z? Sebab kanda-kanda ini berada dekat dengan kekanda sekarang dan bila kami berjumpa kadang-kadang terkeluar cerita zaman lapuk ini. Dan..akhirnya kami ketawa bersama-sama mengenangkan zaman kejengkelan dan kedaifan pemikiran kami ketika itu.Kanda-kanda ini telah pun berjaya menjadi pendidik anak bangsa dan kekanda amat berbangga dengan mereka..
Adindaku..bukan niat kekanda untuk memaksa dinda untuk melakukan sesuatu yang dinda tak ingin lakukan. Cuma, kanda berharap dinda cuba bersabar dan memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya...Kanda tahu, dinda masih mentah dan kanda tak marah kamu.
Cuma...kanda risaukan ayahanda dan bunda yang semakin lanjut usianya...usahlah dinda tambah beban di bahu mereka lagi..nnt kanda pulang, kita rungkaikan segala kekusutan yang ada ya, adindaku..
Kekandamu yang puitis bukan jiwang...